Thursday, April 2, 2009

Cerita Buih dan Hati




















Cerita buih dan hati.

Satu ketawa yang tak menceritakan satu gelak di masa depan
satu nangis tak tentu ada cerita sedih di masa belakang,
beribu lagi cerita pada setiap buih,

seperti tali yang dipupuk mungkin lerai,
seperti mutiara yang berjarak selalu saja dijadikan rantai.

walaupun ingin dicapai,
cinta setinggi istana,
tapi akhirnya tak dapat mencium pasir
walau yang membuat bata.

laluan yang bersalji ditulis nama
tapi hati dan buih tidak kemana,

bila yang satunya diberi harapan,
dapat seronok,
gembira,
dan hati senang.
tapi satu meletup harapan pun hilang..

buih ingin berjumpa hati,
ingin bercantum cerita yang dulu.

tapi buih hanya tahu terbang,
hati hanya tahu mencipta perasaan
perasaan mencipta sedih

mungkin ada cerita buih dan hati,

kerana hati dah jumpa si jantung...

No comments: