Wednesday, February 25, 2009

Mencipta Sang Dewa.

Mencipta Sang Dewa.

Adalah satu perjalanan seorang manusia biasa
yang datang dari satu sumber.
Yang datangnya hanya kosong dari tiada apa-apa
tetapi mempunyai dua cerita yang berbeza untuk menjadi dewa

Yang menimba cerita-cerita 
dan membiakkan ilmu dengan pengalaman
dan tunjuk ajar..

Yang satu nya mencari kehidupan 
dengan menghargai setiap masa
Dengan harapan tinggi melangit
meyemai bibit-bibit cinta 
mencari makna dan kebebasan..
terjumpanya cinta meyebabkan dia
mampu untuk mempertahankan cita-cita..untuk berjaya.

Yang satunya melalui jalan yang amat tenang
dengan kata yang berbisa..
Dengan masa yang hampir pasti tepat pada waktunya
tetapi kurang akan kawannya,kurang akan kelakuannya
tatapi akan masih menjadi dewa..

Dua Cara yang berbeza
Gaya yang berbeza

Mana satu yang dipilih 
Mana satu yang benar?



Thursday, February 19, 2009

Cerita Haiwan yang separuhnya darat dan separuhnya air..: The half half animal

Akar ( the Roots)

Kenapa Akar?Lukisan ini adalah gambaran aku tentang epik perlawanan antara israel dan Palestine yang tak pernah sudah.Naga kepala dua adalah simbolik kepada pakatan israel dan Amerika, yang sedang menyerang orang-orang Palestine..dimana orang palestine bersenjatakan pedang dalam mempertahankan sisa-sisa, bunga keamanan ditanah mereka.Dibawah naga dan manusia, terdapat mayat-mayat yang telah terkorban.Dan dibawah mayat-mayat terdapat akar yang mencari jawapan kepada pertelingkahan ini iaitu Hati dan perasaan....

(kenapa i pada israel huruf kecil?sebab kita tak pernah mengiktiraf israel sebagai sebuah negara)

Saturday, February 14, 2009